26 March 2013

Antologi Kaifahaluka : Cerita Budak Sekolah Agama

Abang DuBook akan menerbitkan sebuah buku Antologi Cerpen yang bertajuk KAIFAHALUKA. Dan ente dipelawa untuk menyertainya. Ente perlu menyiapkan sebuah cerpen, yang menceritakan perihal BUDAK SEKOLAH AGAMA sekitar 3 ribu patah perkataan.

Cerpen tersebut mestilah ditulis dalam bahasa melayu, dan ente bebas untuk memilih genre apa. Namun ia mestilah menarik untuk dibaca, segar, menarik minat abang dan yang paling penting ianya berkisarkan sekolah agama tempat ente belajar; pengalaman masuk Aspuri ke, pecah masuk Koop sekolah ke, ponteng sembahyang subuh ke, etc.

Setelah sempurna cerpen ente, semak sebaik mungkin, dan ia hendaklah dihantar ke dubookpress@gmail.com dengan bersubjekkan "Penyertaan Antologi Kaifahaluka". Tarikh tutup penyertaan ialah pada 13hb April 2013. Jika diizinkan Allah yang Esa, Antologi ini akan dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

10 karya terbaik akan dipilih oleh abang untuk dimuatkan dalam buku tersebut nanti. Mereka yang berjaya akan mendapat sedikit saguhati dari abang dan juga kemahsyuran yang tiada tolok bandingnya. Kepada yang tidak terpilih, diharap tidak berkecil hati dan cuba perbaiki lagi gaya penulisan dan cerita anda mungkin.


Terima kasih,

Yang Benar
Abang DuBook
Liar & Angkuh

1 comment: