11 November 2011

Modus Operandi DuBook

Buat masa ini, abang masih belum lagi mereply emel-emel yang adik-adik kirimkan.

Mana-mana yang sudah membuat pembayaran, usahlah gusar jika tiada confirmation dari kami.

Bilamana buku-buku DuBook sudah siap untuk dipos kepada adik-adik pembeli yang kami kasihi, kami akan keluarkan senarai nama pembeli yang sudah kami pos kan bukunya.

Senarai pembeli tersebut akan kami tayangkan di blog ini dan juga di wall fesbuk DuBook.

Jadi abang harap adik-adik paham dengan cara kami bekerja, dan segala puji-pujian tuhan ke atas kamu semua.

03 November 2011

Soalan-soalan yang tak larat dah Abang DuBook nak jawap

Soalan
Buku Cerita Piala Dunia ada lagi tak?

Jawapan
Kalau buku tu dah habis, gila apa abang nak letak dalam senarai buku yang boleh di beli.

Soalan
Macam mana nak buktikan bukti pembayaran tu? Nak kena scan ke?

Jawapan
Ya Allah ya tuhanku, bukti pembayaran tu boleh di buat dengan banyak cara:
1. Scan.
2. Ambil gambar guna hp, bluetooth gambar tu ke komputer.
3. Ambil gambar guna DSLR dan transfer gambar tu ke komputer.
4. Hantar sendiri kepada abang di Damansara Perdana.
5. Pos kepada Abang.
6. Buh dalam botol campak dalam laut dan berdoa agar botol itu dijumpai abang.
7. Ikat pada kaki burung merpati, dan suruh merpati tu terbang kepada abang.

Ok, boleh pilih ketujuh-tujuh cara ni, tapi yang pasti tolong emel ke: belibukudubook@gmail.com

Soalan
Berapa harga buku-buku ni? Macam mana nak kira sekali dengan duit pos?

Jawapan
Harga buku-buku ada abang letakkan dihujung tajuk setiap buku dan harga pos pula bergantung cara apa yang adik-adik pilih.
Contoh:
Adik beli buku CMTKPD 5 bijik.
5 bijik buku darab dengan RM20 bagi setiap biji adalah RM100.
Dalam ruangan KUANTITI, ada tulis: CMTKPD - 5 bijik.
Untuk pos, kalau nak cepat dan dijamin sampai, adik pilih POS LAJU PUKAL, kosnya hanya RM7.
Jadi, jumlah yang adik perlu bayar kepada Abang DuBook adalah RM100 + RM7 = RM107.
Paham?

Soalan
Sampul surat beralamat sendiri macam mana?

Jawapan
Sampul surat beralamat sendiri adalah, adik pergi kedai alat tulis, cakap dekat tokei kedai tu, "Ah So, gua mau beli sampul surat", Ah So tu akan bagi, beli 2 keping saiz kecil satu, saiz A5 satu, dan adik bayarlah.

Dalam perjalanan pulang, adik singgah di pejabat pos. Ambil nombor giliran dan tunggu hingga nombor giliran di panggil dan cakap pada akak kaunter tu, "Kak, saya nak beli setem, setem 3kupang satu, setam RM1 satu", akak tu akak cakap, "baiklah dik, RM1.30 kesemuanya." Adik pun bayarlah.

Lagi satu, alang2 dah adik nak gunakan cara "SAMPUL SURAT BERALAMAT SENDIRI" ni, abang cadangkan adik beli sekali wang pos mengikut jumlah harga buku yang adik ingin beli. Abang bagi contoh lah, adik nak beli buku CMTKPD, buku tu harga dia RM20, maka adik cakap sekali lagi kat akak tu, "hah, lupa pula saya, akak bagi sekali wang pos RM20 ye." Akak tu akan bagi dan adik bayarlah RM20 plus charge tambahan, lainlah kalau akak kaunter tu mak adik, itu belakang kira.

O.k, sekarang di tangan adik sudah ada sampul surat satu besar, satu kecik, setem 3kupang, setem RM1 serta wang pos bernilai RM20. Apa perlu adik buat? Jangan panik, abang tunjukkan caranya.

Mula2 setem RM1, adik tampalkan pada sampul surat bersaiz A5 tadi tu.
Lepas tu, setem 3kupang, adik tampalkan pada sampul surat kecil.
Lipat 2 sampul surat A5 dan masukkan ngam2 dalam sampul surat kecil.
Letakkan sekali Wang Pos RM20 kedalam dalam sampul surat kecil tersebut.
Kini, di dalam sampul surat kecil itu ada 2 benda. Satu, wang pos RM20. Dua, Sampul surat A5 beserta setem RM1 yang telah siap ditampal di penjuru kanan sebelah atas sampul surat A5 tersebut. Oh ya, abang hampir terlupa, pada sampul surat A5 tersebut, adik hendaklah menulis alamat rumah adik sendiri.
O.k, tugas adik hampir tamat. Bila adik sudah pasti yang kedua-dua barang tersebut ada di dalam sampul surat kecil itu, adik jilat bahagian gam, dan gamkan sampul surat kecil tersebut.
Di luar sampul surat kecil tersebut, tulis alamat berikut:

Abdul DuBook
17-1, Jalan Balakong Jaya 6
Taman Balakong Jaya
43300, Cheras
Selangor

Usai menulis, masukkan sampul surat tadi ke dalam tong surat. Mudah bukan?

Membeli Buku DuBook

Mahu beli buku-buku terbitan DuBook Press?

Mudah sahaja caranya.

Klik sini.