27 March 2013

Kali Pertama : Antologi khas untuk makwe-makwe


DuBook telah menerbitkan pelbagai jenis buku. Buku budak UiTM, budak asmara, buku sukan, buka agama, buku seram dan juga buku 2,3 ayat.

Tapi abang rasa semua itu tak lengkap tanpa buku tulisan makwe-makwe.

Oleh itu abang lancarkan satu projek buku khas untuk makwe-makwe.

Tajuk: KALI PERTAMA
Tema: Kali pertama dalam hidup anda. Kali pertama bercinta, kali pertama putus cinta, kali pertama jatuh hati, kali pertama dipegang lelaki, kali pertama curang, kali pertama keluar dengan suami orang, apa jualah perkara yang kali pertama anda alami. Lagi rare kali pertamanya, lagi bagus.
Syarat:
1. Penulis mestilah perempuan. Perempuan sejati. Bukan pondan.
2. Cerpen - 3 ribu patah perkataan.

Hanya 10 karya terbaik akan dipilih. Karya terpilih akan mendapat saguhati, kemahsyuran dan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.

Tarikh akhir adalah 13 April 2013.
Setelah siap, hantarkan ke dubookpress@gmail.com dengan tajuk ANTOLOGI KALI PERTAMA.

Selamat menulis para kesayangan.

Yang benar,
Abang DuBook
Liar, Angkuh dan Romantik.

26 March 2013

Antologi Kaifahaluka : Cerita Budak Sekolah Agama

Abang DuBook akan menerbitkan sebuah buku Antologi Cerpen yang bertajuk KAIFAHALUKA. Dan ente dipelawa untuk menyertainya. Ente perlu menyiapkan sebuah cerpen, yang menceritakan perihal BUDAK SEKOLAH AGAMA sekitar 3 ribu patah perkataan.

Cerpen tersebut mestilah ditulis dalam bahasa melayu, dan ente bebas untuk memilih genre apa. Namun ia mestilah menarik untuk dibaca, segar, menarik minat abang dan yang paling penting ianya berkisarkan sekolah agama tempat ente belajar; pengalaman masuk Aspuri ke, pecah masuk Koop sekolah ke, ponteng sembahyang subuh ke, etc.

Setelah sempurna cerpen ente, semak sebaik mungkin, dan ia hendaklah dihantar ke dubookpress@gmail.com dengan bersubjekkan "Penyertaan Antologi Kaifahaluka". Tarikh tutup penyertaan ialah pada 13hb April 2013. Jika diizinkan Allah yang Esa, Antologi ini akan dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

10 karya terbaik akan dipilih oleh abang untuk dimuatkan dalam buku tersebut nanti. Mereka yang berjaya akan mendapat sedikit saguhati dari abang dan juga kemahsyuran yang tiada tolok bandingnya. Kepada yang tidak terpilih, diharap tidak berkecil hati dan cuba perbaiki lagi gaya penulisan dan cerita anda mungkin.


Terima kasih,

Yang Benar
Abang DuBook
Liar & Angkuh

18 January 2012

Baucar Buku 1Malaysia

Adik2 pelajar IPTA dan IPTS yang Abang Dubook kasihi.

Dengar cerita adik2 terpaksa bergolok bergadai, kerja part time dekat McD, jadi GRO, pasang Sugar Daddy, jadi Gigolo ataupun makan Maggi semata-mata mencari wang untuk membeli buku2 terbitan Abang Dubook.

Kini Abang Dubook membawa berita gembira untuk adik2 sekalian.

Adik2 dah dapat Baucer Buku 1Malaysia kan? Tak tahu? Alah, yang macam ni rupanya tu:

Ha.. dah dapat sampai RM200 Abang Dubook dengar?

Sekarang ni, adik2 dah boleh beli buku terbitan Abang Dubook menggunakan Baucer Buku 1Malaysia ini.

Macam mana caranya? Ada 2 cara ya adik2..

Cara yang Pertama:

Adik pergi ke outlet yang menjual buku2 terbitan Abang DuBook seperti di bawah ni:

1. Badger Malaysia, Damansara
2. Uya Distro, Subang
3. Gobok Buku, JB

Bawak Baucar Buku 1Malaysia yang adik2 ada tu, berikan kepada brader cashier.

Semudah itu sahaja. Kalau abang2 kedai ni taknak terima, suruh dia call Abang Dubook.

Cara yang Kedua:

Pos Baucar Buku 1Malaysia tu ke alamat:

Abang Dubook
17-1, Jalan Balakong Jaya 6
Taman Balakong Jaya
43300 Cheras
Selangor.

Bagilah sama detail berikut:

1. Nama Penuh
2. Alamat Surat Menyurat
3. No. IC
4. Tajuk buku yang hendak dibeli

Buku2 yang Abang Dubook masih jual:

1. Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia - RM20
2. Cerita Piala Dunia - RM25
3. Sembang Kencang - RM20

Pandai2lah korang bajet. Baki tidak dipulangkan sebab leceh.

O.k, akhir kata, membaca jambatan ilmu, ilmu suluh hidup.

Majulah sukan untuk negara -> LAWAK LAME.

13 January 2012

Hari Bertemu Pelanggan

Abang Dubook dapati pelbagai masalah timbul selepas Abang Dubook meng'hire' pihak lain untuk menguruskan soal penghantaran buku-buku terbitan Abang DuBook kepada pelanggan.

Oleh itu, sebelum masalah menjadi lebih kronik, moleklah Abang Dubook take over balik kerja penghantaran ini.

Abang Dubook telah menubuhkan satu UNIT KHAS untuk menangani segala masalah yang pembeli yang disayangi hadapi.

Abang Dubook juga telah menyediakan satu BORANG KHAS untuk memudahkan semua pembeli yang disayangi membuat aduan.

Untuk mereka2 yang mempunyai masalah, boleh isi borang tersebut di SINI.

Siapa merapu, mak dia purple.

Sekian, terima kasih. Segala rahmat dan keampunan tuhan ke atas kamu semua.

09 January 2012

CMTKPD Dah Habis


Terima kasih kepada semua pembeli. Hanya tuhan boleh membalas jasa baik tuan/puan sekalian.

11 November 2011

Modus Operandi DuBook

Buat masa ini, abang masih belum lagi mereply emel-emel yang adik-adik kirimkan.

Mana-mana yang sudah membuat pembayaran, usahlah gusar jika tiada confirmation dari kami.

Bilamana buku-buku DuBook sudah siap untuk dipos kepada adik-adik pembeli yang kami kasihi, kami akan keluarkan senarai nama pembeli yang sudah kami pos kan bukunya.

Senarai pembeli tersebut akan kami tayangkan di blog ini dan juga di wall fesbuk DuBook.

Jadi abang harap adik-adik paham dengan cara kami bekerja, dan segala puji-pujian tuhan ke atas kamu semua.

03 November 2011

Soalan-soalan yang tak larat dah Abang DuBook nak jawap

Soalan
Buku Cerita Piala Dunia ada lagi tak?

Jawapan
Kalau buku tu dah habis, gila apa abang nak letak dalam senarai buku yang boleh di beli.

Soalan
Macam mana nak buktikan bukti pembayaran tu? Nak kena scan ke?

Jawapan
Ya Allah ya tuhanku, bukti pembayaran tu boleh di buat dengan banyak cara:
1. Scan.
2. Ambil gambar guna hp, bluetooth gambar tu ke komputer.
3. Ambil gambar guna DSLR dan transfer gambar tu ke komputer.
4. Hantar sendiri kepada abang di Damansara Perdana.
5. Pos kepada Abang.
6. Buh dalam botol campak dalam laut dan berdoa agar botol itu dijumpai abang.
7. Ikat pada kaki burung merpati, dan suruh merpati tu terbang kepada abang.

Ok, boleh pilih ketujuh-tujuh cara ni, tapi yang pasti tolong emel ke: belibukudubook@gmail.com

Soalan
Berapa harga buku-buku ni? Macam mana nak kira sekali dengan duit pos?

Jawapan
Harga buku-buku ada abang letakkan dihujung tajuk setiap buku dan harga pos pula bergantung cara apa yang adik-adik pilih.
Contoh:
Adik beli buku CMTKPD 5 bijik.
5 bijik buku darab dengan RM20 bagi setiap biji adalah RM100.
Dalam ruangan KUANTITI, ada tulis: CMTKPD - 5 bijik.
Untuk pos, kalau nak cepat dan dijamin sampai, adik pilih POS LAJU PUKAL, kosnya hanya RM7.
Jadi, jumlah yang adik perlu bayar kepada Abang DuBook adalah RM100 + RM7 = RM107.
Paham?

Soalan
Sampul surat beralamat sendiri macam mana?

Jawapan
Sampul surat beralamat sendiri adalah, adik pergi kedai alat tulis, cakap dekat tokei kedai tu, "Ah So, gua mau beli sampul surat", Ah So tu akan bagi, beli 2 keping saiz kecil satu, saiz A5 satu, dan adik bayarlah.

Dalam perjalanan pulang, adik singgah di pejabat pos. Ambil nombor giliran dan tunggu hingga nombor giliran di panggil dan cakap pada akak kaunter tu, "Kak, saya nak beli setem, setem 3kupang satu, setam RM1 satu", akak tu akak cakap, "baiklah dik, RM1.30 kesemuanya." Adik pun bayarlah.

Lagi satu, alang2 dah adik nak gunakan cara "SAMPUL SURAT BERALAMAT SENDIRI" ni, abang cadangkan adik beli sekali wang pos mengikut jumlah harga buku yang adik ingin beli. Abang bagi contoh lah, adik nak beli buku CMTKPD, buku tu harga dia RM20, maka adik cakap sekali lagi kat akak tu, "hah, lupa pula saya, akak bagi sekali wang pos RM20 ye." Akak tu akan bagi dan adik bayarlah RM20 plus charge tambahan, lainlah kalau akak kaunter tu mak adik, itu belakang kira.

O.k, sekarang di tangan adik sudah ada sampul surat satu besar, satu kecik, setem 3kupang, setem RM1 serta wang pos bernilai RM20. Apa perlu adik buat? Jangan panik, abang tunjukkan caranya.

Mula2 setem RM1, adik tampalkan pada sampul surat bersaiz A5 tadi tu.
Lepas tu, setem 3kupang, adik tampalkan pada sampul surat kecil.
Lipat 2 sampul surat A5 dan masukkan ngam2 dalam sampul surat kecil.
Letakkan sekali Wang Pos RM20 kedalam dalam sampul surat kecil tersebut.
Kini, di dalam sampul surat kecil itu ada 2 benda. Satu, wang pos RM20. Dua, Sampul surat A5 beserta setem RM1 yang telah siap ditampal di penjuru kanan sebelah atas sampul surat A5 tersebut. Oh ya, abang hampir terlupa, pada sampul surat A5 tersebut, adik hendaklah menulis alamat rumah adik sendiri.
O.k, tugas adik hampir tamat. Bila adik sudah pasti yang kedua-dua barang tersebut ada di dalam sampul surat kecil itu, adik jilat bahagian gam, dan gamkan sampul surat kecil tersebut.
Di luar sampul surat kecil tersebut, tulis alamat berikut:

Abdul DuBook
17-1, Jalan Balakong Jaya 6
Taman Balakong Jaya
43300, Cheras
Selangor

Usai menulis, masukkan sampul surat tadi ke dalam tong surat. Mudah bukan?