18 January 2012

Baucar Buku 1Malaysia

Adik2 pelajar IPTA dan IPTS yang Abang Dubook kasihi.

Dengar cerita adik2 terpaksa bergolok bergadai, kerja part time dekat McD, jadi GRO, pasang Sugar Daddy, jadi Gigolo ataupun makan Maggi semata-mata mencari wang untuk membeli buku2 terbitan Abang Dubook.

Kini Abang Dubook membawa berita gembira untuk adik2 sekalian.

Adik2 dah dapat Baucer Buku 1Malaysia kan? Tak tahu? Alah, yang macam ni rupanya tu:

Ha.. dah dapat sampai RM200 Abang Dubook dengar?

Sekarang ni, adik2 dah boleh beli buku terbitan Abang Dubook menggunakan Baucer Buku 1Malaysia ini.

Macam mana caranya? Ada 2 cara ya adik2..

Cara yang Pertama:

Adik pergi ke outlet yang menjual buku2 terbitan Abang DuBook seperti di bawah ni:

1. Badger Malaysia, Damansara
2. Uya Distro, Subang
3. Gobok Buku, JB

Bawak Baucar Buku 1Malaysia yang adik2 ada tu, berikan kepada brader cashier.

Semudah itu sahaja. Kalau abang2 kedai ni taknak terima, suruh dia call Abang Dubook.

Cara yang Kedua:

Pos Baucar Buku 1Malaysia tu ke alamat:

Abang Dubook
17-1, Jalan Balakong Jaya 6
Taman Balakong Jaya
43300 Cheras
Selangor.

Bagilah sama detail berikut:

1. Nama Penuh
2. Alamat Surat Menyurat
3. No. IC
4. Tajuk buku yang hendak dibeli

Buku2 yang Abang Dubook masih jual:

1. Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia - RM20
2. Cerita Piala Dunia - RM25
3. Sembang Kencang - RM20

Pandai2lah korang bajet. Baki tidak dipulangkan sebab leceh.

O.k, akhir kata, membaca jambatan ilmu, ilmu suluh hidup.

Majulah sukan untuk negara -> LAWAK LAME.

6 comments:

  1. kate buku CMTKPD dah abis. mane 1 ni? nak order.

    ReplyDelete
  2. Nak gua lempang, perempuan.

    Buku2 yang Abang Dubook masih jual:

    1. Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia - RM20
    2. Cerita Piala Dunia - RM25
    3. Sembang Kencang - RM20

    ReplyDelete
  3. bro..CMTKPD ade stok ke xde?? konfius la..

    ReplyDelete
  4. aik? marah benau? kat fesbuk ckp dah abes. ni si syuhito pon dok tny.

    ReplyDelete
  5. 17-1, Jalan Balakong Jaya 6
    Taman Balakong Jaya
    43300 Cheras
    Selangor.

    opis ni tutup pukul brapa ni?
    opis gua 10 minit je ke situ.
    nanti gua singgah beli.

    ReplyDelete