27 March 2013

Kali Pertama : Antologi khas untuk makwe-makwe


DuBook telah menerbitkan pelbagai jenis buku. Buku budak UiTM, budak asmara, buku sukan, buka agama, buku seram dan juga buku 2,3 ayat.

Tapi abang rasa semua itu tak lengkap tanpa buku tulisan makwe-makwe.

Oleh itu abang lancarkan satu projek buku khas untuk makwe-makwe.

Tajuk: KALI PERTAMA
Tema: Kali pertama dalam hidup anda. Kali pertama bercinta, kali pertama putus cinta, kali pertama jatuh hati, kali pertama dipegang lelaki, kali pertama curang, kali pertama keluar dengan suami orang, apa jualah perkara yang kali pertama anda alami. Lagi rare kali pertamanya, lagi bagus.
Syarat:
1. Penulis mestilah perempuan. Perempuan sejati. Bukan pondan.
2. Cerpen - 3 ribu patah perkataan.

Hanya 10 karya terbaik akan dipilih. Karya terpilih akan mendapat saguhati, kemahsyuran dan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.

Tarikh akhir adalah 13 April 2013.
Setelah siap, hantarkan ke dubookpress@gmail.com dengan tajuk ANTOLOGI KALI PERTAMA.

Selamat menulis para kesayangan.

Yang benar,
Abang DuBook
Liar, Angkuh dan Romantik.

26 March 2013

Antologi Kaifahaluka : Cerita Budak Sekolah Agama

Abang DuBook akan menerbitkan sebuah buku Antologi Cerpen yang bertajuk KAIFAHALUKA. Dan ente dipelawa untuk menyertainya. Ente perlu menyiapkan sebuah cerpen, yang menceritakan perihal BUDAK SEKOLAH AGAMA sekitar 3 ribu patah perkataan.

Cerpen tersebut mestilah ditulis dalam bahasa melayu, dan ente bebas untuk memilih genre apa. Namun ia mestilah menarik untuk dibaca, segar, menarik minat abang dan yang paling penting ianya berkisarkan sekolah agama tempat ente belajar; pengalaman masuk Aspuri ke, pecah masuk Koop sekolah ke, ponteng sembahyang subuh ke, etc.

Setelah sempurna cerpen ente, semak sebaik mungkin, dan ia hendaklah dihantar ke dubookpress@gmail.com dengan bersubjekkan "Penyertaan Antologi Kaifahaluka". Tarikh tutup penyertaan ialah pada 13hb April 2013. Jika diizinkan Allah yang Esa, Antologi ini akan dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

10 karya terbaik akan dipilih oleh abang untuk dimuatkan dalam buku tersebut nanti. Mereka yang berjaya akan mendapat sedikit saguhati dari abang dan juga kemahsyuran yang tiada tolok bandingnya. Kepada yang tidak terpilih, diharap tidak berkecil hati dan cuba perbaiki lagi gaya penulisan dan cerita anda mungkin.


Terima kasih,

Yang Benar
Abang DuBook
Liar & Angkuh